Thursday, September 17, 2009

Aktiviti Menabung

Masyarakat kini semakin boros terutamanya kaum hawa. Mereka sering menghabiskan wang dengan membeli barangan yang mereka suka tanpa memikirkan harganya. Keadaan ini boleh menyebabkan banyak kesan negatif. Ada yang menjadi muflis disebabkan boros. Masalah ini harus diatasi dengan pelbagai langkah yang telah didapati berkesan dalam mengatasi sikap boros.
Aktivit menabung haruslah dipupuk terutamanya dalam kalangan kank-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai dengan aktiviti ini kerana kanak-kanak pada waktu kecil mudah diajar untuk menabung. Aktiviti menabung dapat mengajar kanak-kanaksupaya berjimat-cermat. Ibu bapa bolehlah menjadikan aktiviti menabung sesuatu aktiviti yany menyeronokkan dengan memberi insentif kepada anak-anak yang menabung. Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak tersebut menabung sebanyak RM10.00 seminggu, ibu bapa akan menambahkan RM5.00 ke dalam tabungnya. ini dapat mendorong anak-anak supaa ya berjimat-cermat semi menabung.
Kini adalah masanya untuk membeli- belah!!! Mengapa? Pada waktu ini, pelbagai jualan murah giat diadakan di seluruh negara bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Sewaktu jualan murah, pelbagai barangan akan diberi potongan harga. Ada yang memberi potongan harga sebanyak 70%!!! Pada masa inilah yang paling sesuai untuk membeli barangan.
Bebelanja secara berhemah juga merupakan antara cara untuk berjimat-cermat. Terdapat pelbagai cara untuk berbelanja. Antaranya adalah membeli barangan yang diperlukan sahaja.
Selain itu, menyediakan satu senarai barangan yang harus dibeli juga penting supaya kita tidak lupa apa yang dikehendaki dan ia juga sebagai peringatan kepada kita supaya tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Membeli barangan buatan Malaysia dapat mengurangkan kos perbelanjaan di samping membantu negara menjana ekonomi. Ini adalah kerana barangan keluaran Malaysia adalah lebih murah dan kualitinya adalah setanding dengan barangan import. Ini selaras dengan seruan kerajaan iaitu 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'.
Menyediakan sebuah senarai baranga dengan perbandingan harga antara beberapa buah kedai merupakan satu lagi langkah untuk berjimat-cermat. Tinjauan harus dibuat terlebih dahulu di beberapa buah kedai dan bandingkan harga antara kedai-kedai tersebut. Belilah barangan daripada kedai yang menawarkan harga yang lebih murah. sekiranya terdapat sebarang kesangsian terhadap harga yang dipamerkan, bolehlah anda bertanya kepada pekedai kedai bersebut.
Dengan mengamalkan langkah-langkah yang dinyatakan di atas, saya percaya, ia pasti dapat membantu anda berjimat-cermat. Berjimat-cermatlah demi masa depan anda dan keluarga anda. INGAT! Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.





Above is my karangan that I wrote for my Bahasa Malaysia trial paper. I don't know whether will that influence the reader but I just wrote it for the sake of answering the exam question. hahax. i got second highest or highest for that question in my class and probably my form. hehex. I know that for certain people, this piece of karanga/essay is not good at all but thats enough to make my teacher satisfied with it and give me high marks. hehex. If you have any opinion on it, you can just leave me a comment. Anyone that can correct my grammatical errors/ kesalahan tatabahasa (which I knew I got a lot) please do correct me okay? Thanks in advance. Enjoy^^

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home